Selasa, 04 Februari 2014

Hak Pengadil Beri Penalti – Mourinho


Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menganggap pengadil, Andre Marriner mempunyai hak untuk menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan yang menyelamatkan pasukan itu untuk meneruskan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge.

Ketika aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi hampir berkesudahan dengan Chelsea tewas 1-2 kepada West Brom, Marriner menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Ramires terjatuh ketika dicabar pertahanan West Brom, Steven Reid.

Eden Hazard yang mengambil sepakan penalti itu berjaya menyudahkannya untuk keputusan akhir seri 2-2, sekali gus menyelamatkan maruah Chelsea yang mendahului menerusi Samel Eto’o minit ke-45 tetapi dibalas dua gol oleh West Brom menerusi Shane Long (60) dan Stephane Sessegnon (68).

“Ia sesuatu yang sukar diterima pasukan yang hampir menang kerana Ente pastinya sedang menunggu bila wisel penamat ditiup tetapi tiba-tiba lawan mendapat sepakan penalti.

“Tapi penalti tetap penalti, tidak kiralah ia diberikan seawal minit pertama atau pada minit ke-94. Dari bangku simpanan, terlalu jauh untuk saya nampak tetapi selepas melihat ulang tayang, memang tiada keraguan,” kata Mourinho.

Keputusan seri itu bagaimanapun membuatkan Chelsea turun ke tangga keempat dengan 21 mata selepas 11 perlawanan apabila dipintas Liverpool dan Southampton yang masing-masing menewaskan Fulham 4-0 dan Hull 4-1.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar