Selasa, 31 Desember 2013

Kenyataan Pihak MPP UiTM Lendu

Uitm Lendu- pulang


Selalunya selebriti serta isu-isu yang panas sahaja akan trending di Twitter.
Tetapi kali ini berbeza. Penulis agak terkejut apabila UiTM Lendu di Alor Gajah, Melaka boleh trending di Twitter. Apa cerita?
Tambah terkejut apabila #PrayForUiTMLendu pula trending di Twitter.
Setelah penulis meneliti ‘timeline’, jelas ada isu yang agak serius berlaku di UiTM Lendu.
Ramai pelajar-pelajar di kampus tersebut meminta kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan mereka di kampus tersebut.
Ada yang mengatakan wujudnya makhluk halus yang menggangu kehidupan seharian mereka.
Malah, lebih menggemparkan apabila terdapat seorang pelajar yang yang berkongsi pengalaman melihat rakannya mengalami histeria menerusi blog miliknya.
Menurut blogger tersebut, kejadian sebegitu bukan sahaja berlaku di satu dua kolej kediaman malah boleh dikatakan melibatkan hampir keseluruhan kampus.
Menurut salah seorang pelajar kampus tersebut yang tidak ingin dikenali identitinya, perkara sebegitu pernah berlaku pada semester-semester sebelum ini tetapi tidak begitu serius seperti yang berlaku kali ini.
Bagi mendapatkan kepastian sebenar apa yang berlaku di kampus tersebut, wakil SiakapKeli telah menghubungi Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah, Muhammad Zulkarnain.
Menurut beliau, segala apa yang berlaku di dalam kampus pada masa kini adalah dalam keadaan terkawal.
“Mungkin isu ini digembar-gemburkan oleh orang luar.
“Pihak pengurusan universiti serta pihak MPP telah mengadakan sidang perjumpaan bersama pelajar,” jelas Muhammad.
Ujar beliau, pihak Polis Bantuan turut mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani isu itu.
“Ramai pelajar yang letih akibat pelbagai program-program lain yang perlu mereka hadiri setelah seharian menghadiri kuliah. Apabila badan letih, mula lemah semangat.
“Kes yaang terlibat hanya dua tiga kes sahaja, tetapi bila ramai yang bercerita mulalah wujud macam-macam cerita,” kata Muhammad yang menafikan kampus tersebut berada dalam keadaan tidak terkawal.
Menurut Naib Yang DiPertua MPP UiTM Melaka, Nur Nabila Zulaikha Zaidan, pihak MPP telah memberi arahan kepada seluruh pelajar terutama penghuni kolej-kolej kediaman untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana yang perlu dilakukan di setiap tingkat di kolej kediaman masing-masing malam ini.
“Pada jam 9 malam tadi, setiap kolej kediaman melakukan majlis bacaan yasin secara serentak dan majlis bacaan yasin ini turut diadakan di Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu,” jelas Nabila.
Menurut beliau, ramai antara mangsa histeria adalah golongan wanita.
Justeru, beliau berharap supaya setiap pelajar wanita untuk menjaga kebersihan diri terutama bagi mereka yang sedang haid.
Ujar beliau lagi, program Majlis Bacaan Yasin Perdana akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Selaku YDP MPP, Muhammad menasihatkan kepada semua ibubapa serta ahli keluarga para pelajar yang bimbang akan isu ini supaya tidak perlu risau akan keadaan anak-anak mereka.
Beliau mengharapkan supaya setiap ibubapa pelajar, ahli keluarga serta semua pihak secara umumnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka di kampus tersebut dan terus memberi semangat kepada semua. -end-
(Gambar di atas adalah gambar hiasan lama ketika UiTM Lendu diserang wabak selesema)
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

7 Kebaikan Minum Kopi yang perlu anda tahu!

 
 
Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.
1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
sumber
Read More..

Tok Guru Nik Aziz Lepas jawatan faktor usia kesihatan





KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.
"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun  berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan, menang kerusi Dun Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Sultan Johor Titah Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat Sabtu


MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Read More..

Cara menontoh TV paling selesa

Kalau ada yang malas macam bro ni boleh cuba cara ini. Cara menontoh TV paling selesa. Hihi!
Kalau ada yang malas macam bro ni boleh cuba cara ini. Cara menontoh TV paling selesa. Hihi!
Oh Media
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Nyawa ATM

Kuala Lumpur: Tekanan kini dirasai penjaga gol Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Farizal Harun yang menjadi benteng terakhir menghalang ‘amukan’ Kelantan di Kota Bharu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini.

Farizal tidak lagi boleh bolos andai mahu memastikan skuad kendalian B Sathianathan melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama tempoh hari. 
“Tekanan itu memang ada apabila berdepan jentera serangan lawan yang sememangnya berada pada prestasi terbaik ketika ini namun saya sudah bersedia. Bukan saja pemain importnya, Dickson Nwakaeme, malah saya melihat Norfarhan Muhammad dan Mohd Badhri Radzi turut menjadi ancaman utama kubu kami. 

“Malah anda boleh saksikan sendiri prestasi mereka ketika menewaskan Johor Darul Takzim (DT) 6-1 di Kota Bharu pada suku akhir kedua. Bagaimanapun saya masih menaruh kepercayaan kepada pertahanan untuk menghalang mereka terutamanya Nwakaeme,” katanya yang mengaku mengharungi aksi getir 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

MOHD Farizal Harun

ATM sekali lagi tampil tanpa pertahanan tengah kebangsaan, Amirizwan Taj Tajuddin namun Farizal optimis dengan kemampuan rakan lain di bahagian pertahanan menjalankan tugas yang diberikan dan melaksanakan taktikal seperti yang diarahkan jurulatih.
Read More..

Wawa Zainal bakal disingkir

David Teo

BERITA perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafril serta kelahiran seorang bayi pada 24 Ogos lalu bukan sahaja mengejutkan media dan peminat malah pihak pengurusan Wawa sendiri iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata, beliau juga terkejut sebaik menerima berita itu kerana tidak mengetahui pernikahan dua pelakon berkenaan.

"Dua bulan lalu saya ada berjumpa dengan Wawa kerana dia memaklumkan sedang mengalami penyakit misteri. Apatah lagi ketika dia sedang bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

"Itu yang saya nampak misterinya dan saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung.

"Kemudian dia tidak muncul-muncul dan Ahad lalu keluar cerita dia sudah berkahwin dan ada anak, saya pun terkejut," jelasnya.

David berkata, andai benar Wawa sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada apa-apa tindakan akan diambil ke atas teraju utama Budak Pailang itu sebaliknya mereka masih mengalu-alukan kepulangan Wawa kerana artis kelahiran Lahad Datu itu masih artis naungan MIG.

“Wawa tetap artis kami. Sekiranya dia mahu kembali dalam syarikat ini, kami akan menerimanya. Sekiranya ada sebarang perubahan dalam kontrak, kami akan berbincang bersama dia (Wawa),” katanya.

David juga memaklumkan dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Usaha Zass untuk mendapat kepastian daripada Wawa Zainal yang difahamkan hadir ke majlis tersebut gagal kerana aktres cantik itu tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.
Read More..

Model Tuntut Syarikat Penerbangan RM400 Ribu Ganti Implan Payu Dara


Model Tuntut Syarikat Penerbangan RM400 Ribu Ganti Implan Payu Dara
Model Tuntut Syarikat Penerbangan RM400 Ribu Ganti Implan Payu Dara - MOSCOW : Seorang model menyaman sebuah syarikat penerbangan kerana menyebabkan buah dada palsunya rosak ketika pesawat itu mengalami gangguan penerbangan, semalam.
Iren Ferrari memiliki buah dada bersaiz 44J hasil pembedahan kosmetik – mendakwa dia tersembam ke kerusi penumpang di depannya ketika pesawat itu melalui kawasan angin kencang.
“Hentakan ke atas buah dada saya sangat kuat dan menyakitkan,” katanya.
Iren, 29, menuntut ganti rugi bernilai RM399,920 daripada syarikat penerbangan Switzerland yang membawanya dari Moscow ke Zurich.
Wang itu, katanya, diperlukan bagi menggantikan implan seberat 9 kilogram dalam buah dadanya.
Peguam Iren, Sergei Zhorin, berkata ruang disediakan syarikat penerbangan di antara kerusi penumpang dalam pesawat itu terlalu sempit untuk buah dada model itu. – Agensi
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

21 Pizza jangan Makan Pizza Ini Jika Belum 21 Tahun !



[imagetag]

Jika Anda datang untuk memesan pizza ini maka Anda perlu bersiap-siap memperlihatkan kartu identitas untuk memastikan anda berumur 21 tahun ke atas. Pasalnya pizza buatan resto pizza ini bahan-bahan toppingnya direndam alkohol.

Sebuah restoran pizza di Boston, Amerika Serikat bernama Salvatore menawarkan 21-Plus Pizza, sebuah seri pizza yang topping-nya direndam dengan minuman beralkohol. Restoran yang mempunyai empat lokasi di kota Boston ini, menawarkan sebuah seri pizza beralkohol.

[imagetag]

Salah satunya Vignola Cherry Pizza. Pizza ini memakai toppingceri kering Italia direndam dengan raspberry vodkadengan keju mozzarella, gorgonzola, prosciutto, dan madu orange blossom.

"Kami menyadari ini adalah pizza yang enak, tetapi kandungan alkoholnya sangat tinggi jadi kami mempuyai ide untuk membuat 21-Plus Pizza," kata corporatechef Victor Paone. Pada pertengahan Oktober, dua menu 21-Plus Pizzaakan menyusul, antara lain The Drunken Pigdengan daging babi yang direndam kahlua dan Calabria Peachdengan persik yang direndam dengan rum.

The Boston Licensing Board yang mengawasi pemegang surat ijin minuman beralkohol, menyatakan tidak ada regulasi mengatur penjualan alkohol dalam tingkatan makanan. Namun, Salvatore tidak mau memancing masalah dengan pelanggan yang memasan terlalu banyak pizza beralkohol ini dan menetapkan maksimal pembelian.

Sumber

#bcfda5
Read More..

Rumah baru Darul Mawa mudahkan skim penjagaan lanjut


ISNIN, 16 APRIL 2012

Cik Halimah Yacob menyambut kanak-kanak dari Rumah Tumpangan Darul Mawa ke rumah baru mereka di Guillemard Crescent.




SINGAPURA - RUMAH Tumpangan Kanak-Kanak Darul Mawa akan memberi tumpuan kepada program penjagaan lanjut bagi penghuninya yang bakal pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut superintenden Darul Mawa, Encik Sophian Kayat, pelbagai kemudahan yang ada di tempat baru Darul Mawa di Guillemard Crescent akan memudahkan lagi program tersebut dijalankan bagi para penghuninya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Darul Mawa, semalam.

Majlis tersebut dihadiri Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, yang menyambut 80 penghuni rumah tumpangan tersebut ke rumah baru mereka.

Menurt Encik Sophian, di bawah program itu, para penghuni diberi kebebasan berdikari dan mengatur sendiri jadual harian mereka.

Sebelum mereka pulang ke pangkuan keluarga untuk selama-lamanya, para penghuni akan diberikan tempoh penyesuaian selama setahun.

Sepanjang tempoh ini, kehidupan mereka tidak lagi berdasarkan aturan ketat, sebaliknya mereka mempunyai lebih banyak peluang membuat keputusan sendiri seperti sama ada mahu belajar atau tidur, kata Encik Sophian.

Pelaksanaan program tersebut, menurut Encik Sophian, dipermudahkan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bangunan baru Darul Mawa seperti bilik-bilik belajar yang terletak berdekatan bilik tidur para penghuni.

Sebelum ini, di bangunan lama, apabila tiba waktu tidur, semua lampu di bilik-bilik kemudahan dipadamkan.

Para penghuni harus mengikut peraturan dan tidur pada waktu yang ditetapkan.

Dengan kemudahan baru ini, para penghuni yang mengikuti program penjagaan lanjut boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu belajar atau tidur.

Jika mereka ingin belajar, mereka boleh ke bilik belajar yang terletak tidak jauh dari bilik tidur mereka.

Mereka tidak perlu mengikuti jadual penghuni yang di bawah program penjagaan dalaman, katanya.
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Pas Peneroka umpama bom jangka

sinar harian
M FEISAL NORAWI
var dateEG = "July 2, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 2 Julai 2012
Pas: Peneroka umpama bom jangka
Tuan Ibrahim bersama Bendahari Pas Pahang, Musanif; Setiausaha Perhubungan, Roslan Zainal Timbalan Pesuruhjaya, Yusof Embong dan Ketua Pemuda Pas Pusat Nasharuddin Hassan .
TEMERLOH – Pas Pahang menganggap peneroka di negeri ini yang memendam rasa kecewa kepada kerajaan umpama ‘bom jangka’ yang akan meletup pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai peneroka kecewa apabila saham ditawarkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada mereka hanya 800 unit yang sepatutnya lebih daripada itu.

Bagaimanapun beliau tetap berpendirian penyenaraian tersebut satu risiko besar yang perlu ditanggung peneroka jika ia mengalami kerugian.

“Kita percaya ramai peneroka yang tidak yakin dengan penyenaraian ini akan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita anggap ia umpama bom jangka, kerana kerajaan menganggap peneroka sebagai penyelamat mereka tetapi akan berlaku sebaliknya,” katanya sewaktu ditemui pada Himpunan Hijau Pas Peringkat Negeri Pahang, dekat Kerdau, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim berkata, momentum sokongan golongan muda yang semakin kuat kepada Pas pada masa sekarang akan terus dikekalkan.

Menurutnya, walaupun jika BN memerintah hingga hujung penggal antara Mac dan April nanti, Pas tetap yakin sokongan pengundi muda akan berterusan.

“Kita dapat lihat persaingan antara PR dan BN yang semakin hebat sekarang dan ini satu perkembangan sihat dari segi demokrasi.

“Bagi pihak Pas, kita akan kekalkan gelombang kebangkitan anak-anak muda ini yang semakin cenderung dan yakin dengan perjuangan kita,” katanya.
Read More..

Utusan siar berita dari sumber palsu sekali lagi

milosuam

 


 


Sekali lagi Utusan menyiarkan artikel dari  suarapakatanrakyat.com yang didakwa sebagai sebuah Blog Pro Pakatan Rakyat..

Mungkin pada kali pertama menyiarkan yang dikutip dari blog tersebut ianya kurang menyakinkan pembaca mereka bahawa blog tersebut adalah pro Pakatan Rakyat maka sekali lagi perkara ini ditekankan oleh mereka untuk lebih menyakinkan pembacanya.

Hanya pihak Utusan yang meletakkan blog tersebut sebagai Blog propembangkang sedangkan Blog tesebut tidak diketahui milik siapa danterdapat dua gambar memaparkan yang boleh dipertikaikan oleh penyokong Pakatan dipaparkan dalam blog tersebut..

Ini gambarnya..
Korang pernah tengok ke dalam ratusan blog pro Pakatan Rakyat, Anwar dan Ambiga dilabelkan sebagaimana yang telah mereka labelkan di atas?

Blog tersebut dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebuah Blog yang dibangunkan oleh pihak BN menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai namanya untuk mengabui mata masyarakat.

Dan Utusan digunakan sebagai penyambung fitnah memandangkan mereka sudah biasa menyebar fitnah.. dah berapa kali kena saman pun tak seruk-serik lagi..

Baca apa penjelasan Guan Eng mengenai perkara ini di bawah..

Sebelum itu.. aku tertarik dengan kenyataan ini..
Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.
Dokumen??? kah..kah..kah.. ada ke dokumen dari mesyuarat Biro Politik Parti dibenarkan dibawa keluar dari bilik mesyuarat??

Lagipun setahu aku.. hingga sekarang satu nama pun belum disahkan atau ditetapkan lagi sebagai calon oleh baik PAS, DAP mahupun PKR sendiri..
Calon DAP tidak lebih 60 orang

GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.

“Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami,” katanya dengan nada bergurau kepada wartawan Sinar Harian pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.

Menurutnya, DAP sedang menyediakan senarai pendek nama calon parti itu dan ia akan diputuskan oleh tiga ahli jawatankuasa parti dalam masa yang sesuai.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Pas adalah parti yang paling kuat dalam PR, Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti perlu kuat bagi memenangi PRU13 seterusnya menawan Putrajaya.

“Kalau PR nak menang kita tidak boleh bergantung kepada Pas sahaja yang kuat. Kalau satu parti sahaja yang kuat belum tentu PR akan menang.Apa yang paling penting, sokongan rakyat kepada PR," kata beliau.

Pasal suarapakatanrakyat.com tu korang bacalah kat MiLo SuaM ni apa yang dia jelaskan, aku malas nak tulis.. baca di sini ( MiLo SuaM )

Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

18 Fakta Tentang SpongeBob SquarePants



SpongeBob SquarePants
1. Spongebob adalah makhluk hidup yang jika sakit dapat sembuh bila menggosokkan dirinya ke tubuh manusia ataupun sesuatu yang sifatnya mencuci
2. Rumah Spongebob jatuh dari pohon nanas
3. Adanya Manusia di dalam laut, yaitu Mermaid man dan Bernacle Boy
4. Ada Gorilla dan Zebra di dalam air
5. Adanya Kubah Krabby Patty yang Cuma ada dalam 1 episode pas Squidward lagi doyan
6. Walaupun pintar dan jenius, selamanya Plankton gak akan mencicipi rasa dari Krabby Patty
7. Anak dari tuan Krab Ikan Paus
8. Gary pewaris takhta kerajaan
9. “Jadi, selama ini Sandy perempuan” kata patrick
10. Adanya kotak tertawa
11. Selama Berpuluh-puluh episode, spongebob tidak pernah dapat mengendarai kapal, kecuali pas episode nyetir pake penutup mata sama pas tes yang di kepalanya ada antena
12. Spongebob dan patrick gak bisa nakut-nakutin anak kecil
13. Patrick jadi profesor
14. Patrick, spongebob, tuan Krab pernah menngintip CD ibunya Krab
15. Plankton dan Ibunya Krab pacaran
16. Patrick+spongebob=kerang
17. Rumah di kompleknya Squidward sama semua
18. Kerja Lembur Patrick=nyantai
Read More..

8 Kasus Kematian Karena Tertawa

1. Zeuxis, pelukis Yunani, menertawai lukisan wanita yang baru saja ia selesaikan. Kemudian karena tertawa terlalu berlebihan, akhirnya ia sesak napas dan mati pada akhirnya. 


2. Konon, komedian Yunani, Philemon, mati karena menertawakan leluconnya sendiri. 

3. Chrisyppus, seorang filsuf Yunani, mati karena tertawa pada saat melihat keledai sedang makan buah ara.

4. Mendengar cerita jorok dari saudara perempuannya, penulis dari Italia, Pietro Aretino, tertawa hingga terjungkal dari kursinya kemudian ia kejang-kejang lalu mati.


5. Pengarang eksentrik asal Skotlandia, Thomas Urquhart, mati ketika menertawakan perbaikan singgasana raja Charles II.

6. Malam bulan April 1872. Nyonya Fitzherbert, bersama teman-temannya yang berasal dari Northamptonshire pergi ke Drury Lane Theatre untuk menonton Beggar’s Opera. Ketika seorang karakter bernama Polly melakukan adegan konyol, Nyonya Fitzherbert tertawa begitu keras hingga tidak bisa berhenti dan terpaksa dikeluarkan dari ruang theatre. Satu minggu setelah malam itu, Nyonya Fitzherebert dikabarkan mati karena terserang histeria berkelanjutan.


7. 24 Maret 1975. Alex Mitchell mati tertawa saat menonton tayangan TV komedi The Goodies. Pada episode itu, muncul karakter yang berdandan khas orang Skotlandia dan bermain kungfu. Setelah 25 menit tertawa, Alex berhenti tertawa, kemudian merosot di sofa terkena serangan jantung. Istrinya yang mengetahui hal tersebut, mengirimkan surat pada Goodies karena telah membuat suaminya mati dalam kebahagiaan.


8. Ole Bentzen, audiolog asal Denmark mati tertawa karena menertawakan film "A Fish Called Wanda". Saat tertawa, detak jantungnya meningkat hingga 300 degupan per menit.



sumber: kaskus.us
Read More..

Suspek Serangan Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.
Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Nak sangat hiburan Terimalah padahnya Kes Nanya !

Penis Abdul Muhyi dipotong
Nasib tragis terpaksa diterima oleh  Abdul Muhyi,  bukannya mendapatkan keseronokan ketika pergi cari hiburan malah penis Abdul Muhyi  dipotong oleh teman kencannya sendiri ketika berada didalam kamar.

Penis merupakan alat fital paling berharga yang dimiliki lelaki sebab penis merupakan kejantanan lelaki lalu apa jadinya jika penis harus terpotong apa lagi yang memotong adalah teman kencan sendiri.

Nah inilah yang dialami oleh  Abdul Muhyi  seorang lelaki yang menurut ibunya merupakan anak yang taat beribadah dan seorang guru ngaji.

Ketika dia pergi keluar untuk mencari hiburan ternyata dia tidak mendapatkan hiburan yang dicari melainkan satu mala petaka besar yang  Abdul Muhyi  dapatkan kerana penisnya terpotong.

Kejadian ini terjadi ketika Isnin malam (13/5), Abdul berkeliling di Jalan Jalur Gas, dekat Kampus Universiti Pamulang (Unpam) di kawasan Pamulang, Tangerang Selatan. Di lokasi ini memang banyak PSK dan pondan berkeliaran. Setelah mendapat pasangan kencan, entah apa yang terjadi, Abdul terbangun sekitar pukul 04.00 WIB dengan kelamin nyaris putus. Menurut pengakuannya, kelaminnya dipotong menggunakan benda tajam.

Mengetahui kelaminnya nyaris putus Abdul sempat pergi kepuskesmas terdekat dengan mengunakan motor untuk mendapatkan pertolongan pertama sebelum akhirnya dirujuk kerumah sakit.

Setelah sampai dirumah sakit doktor yang menangani  Abdul Muhyi segera melakukan operasi untuk menyambung penis  Abdul Muhyi yang hampir terputus, namun doktor ternyata tidak dapat menyambung penis  Abdul Muhyi kerana telah lewat dari 8 jam sehingga amputasi merupakan jalan satu satunya.

Selain potong penis  Abdul Muhyi ternyata teman kencanya ini juga mencuri telepon BlackBerry dan dompet.
Abdul Muhyi pun harus merelakan   penisnya harus hilang dan merelakan masa depannya tanpa penis.
sumber:palingseru
Read More..

Samsung Malaysia Umum Trade In Note 3


Samsung Malaysia semalam telah melancarkan sebuah program yang dikenali sebagai Galaxy Note 3 Trade-In Promo di mana pelanggan boleh membuat trade-in Galaxy Note 2 mereka kepada siri peranti Note terbaru dari Samsung, Galaxy Note 3.

Majlis yang diadakan di Centre Court, Plaza Low Yat di ibu negara ini telah bermula dari semalam sehingga 27 Oktober ini.

Menurut laman Facebook Samsung Mobile Malaysia, promosi ini hanya terhad kepada 50 pelanggan pertama.

Jadi, apa lagi yang anda nantikan?
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Anwar jelas sebab Tian Chua Sivarasa ke Manila

sinarharian
6 Mac 2013
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah ke Manila pada 7 Februari lalu semata-mata untuk memperoleh maklumat tentang penipuan membabitkan lebih RM900 juta yang disyaki didalangi anak saudara Ketua Menteri Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR ini berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat tersebut tidak mengandungi unsur fitnah dan pihaknya cuba mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Filipina berhubung kes itu.

"Mengapa kita harus beri pelindungan, jadi bila kita ketengahkan, maka Siva dan Tian Chua pergi ke Manila untuk mendapat maklumat.

"... kita mahu maklumat yang lebih terang dan kita dapat pengesahan tentang percubaan menipu itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Anwar mengesyaki penahanan Manuel Karingal Amalilio di Sabah dilakukan sebagai cubaan untuk menghalang anak saudara Ketua Menteri Sabah itu dari dihantar pulang ke Filipina untuk diadili atas pelbagai salah laku.

"Dalam masa singkat terus ditangkap dan diletakkan dalam lokap, di antara tindakan yang paling cekap dalam sejarah perundangan negara kita.

"... Kerajaan Filipina mengatakan beliau patut dikirim balik supaya siasatan dapat diteruskan," kata beliau sambil mengatakan Manuel didakwa memiliki pasport palsu.

Selain itu, Anwar mendakwa Manuel juga dikaitan dengan penipuan ke atas 15,000 rakyat Filipina di Selatan yang majoritinya beragama Islam.

"Itu dakwaannya (Presiden Filipina, Nono Aqino), ini serius," tegasnya.
Read More..

Resolusi Vs Realita


Sebentar lagi, tahun 2011 akan segera berakhir dan kita akan memasuki tahun 2012. Nah, kebiasaan orang-orang kalo akhir tahun dan mau masuk tahun baru kan selalu bikin resolusi nih. Pertanyaannya: seberapa banyak resolusi kamu yang menjadi realita? Hari ini, MBDC mencoba menganalisa resolusi-resolusi standar kamu dan bagaimana realitanya. Tujuannya supaya kamu bisa refleksi dong ah.

Tubuh

Resolusi: Tahun depan aku mau ngurusin badan, lebih banyak olahraga, makan-makanan yang sehat-sehat, kalo bisa jadi vegetarian. Pokoknya aku mau lebih sehat!
Realita: Tahun ini ada banyak banget yang kawin sih! Jadi gagal diet terus deh. Lagian tahun ini aku juga lagi sibuk-sibuknya, mana sempet olahraga. Tahun depan deh.

Pekerjaan

Resolusi: Tahun depan mau kerja yang sesuai dengan idealisme ah! Ogah kerja kantoran lagi!
Realita: Hmmm…tahun ini naik gaji nih. Tanggung ah. Tahun depan aja baru bikin bisnis

Nabung

Resolusi: Tahun ini mau nabung yang banyak ah, biar bisa beli mobil, rumah, trus jalan-jalan ke luar negeri.
Realita: Mobil sama rumah bisa ntar-ntar lah. Yang penting beli baju sama gadget dulu dong!

Travelling

Resolusi: Tahun ini harus bisa ke 3 negara!
Realita: Duitnya udah kepake buat beli iPod kemarin. Huhuhu…

Emosi

Resolusi: Tahun ini mau lebih sabar. Gak mau marah-marah lagi ah.
Realita: Brengsek lo semua!!!!

Percintaan

Resolusi: Tahun ini harus nikah!
Realita: Cari pacar dulu deh. Pacar aja gak dapet-dapet.

1920×1080

Resolusi: Resolusi gue tahun depan mah 1080p aja lah.
Realita: Joke itu basi banget loh. Jangan dipake lagi ya tahun ini.
Nah demikianlah. Semoga penelitian yang mendalam ini bisa jadi bahan introspeksi kamu ketika akan menentukan resolusi untuk tahun 2012. Semoga sukses dengan resolusinya!



Read More..

Mayat Budak Putus Dua Kepala Hilang Dimakan Biawak

Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas.
Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.
Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak.
Saksi yang melakukan kerja mengukur tanah terkejut melihat sepasang kaki manusia sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mayat mangsa ditemui berhampiran kolam di ladang berkenaan. sumber

Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Lowongan Kerja di Ardian Propertindo Surakarta

  

Kami Perusahaan Developer Perumahan yang sedang berkembang, membutuhkan Segera :

TEKNIK SIPIL

Syarat
Baca selengkapnya »
Read More..

KETAHUI BAHAGIAN JAHAT DALAM OTAK MANUSIA

Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah
BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth 
Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.  

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi.

ALAMCYBER2020 - Subhanallah . . . di dalam al-Quran disebut "Nasiyyahtin kazibatin khatiah" maksudnya "Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah". . . Jika benar penemuan ini, ianya adalah ijaz al-quran yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.


Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

PPPM Lahirkan Murid Bertaraf Dunia


KUALA LUMPUR – Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi serta berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain merupakan antara impak daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut pelan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, impak yang didapati daripada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya selain mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman mereka.

“Murid juga akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik kerana lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan,” menurut pelan berkenaan.

Menurut pelan itu dari sudut kesannya kepada guru, golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.

“Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya dan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik serta didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional,” jelas laporan itu.

Impak kepada pemimpin sekolah pula ialah golongan ini akan mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa serta amalan terbaik daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

“Mereka akan mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan selain menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi serta diberi kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi,” jelas pelan itu.

Pegawai kementerian turut mendapat impak apabila mendapat manfaat daripada meritokrasi yang lebih besar dengan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi dan tidak akan terbatas dengan kawalan.

“Mereka akan menerima sokongan, latihan dan sumber yang bersasaran yang diperlukan bagi memenuhi peranan baru mereka serta mempunyai keluwesan pengoperasian dan kebertanggungjawaban yang lebih besar selain bekerja dalam persekitaran yang telus dan saling bekerjasama,” katanya.

Ibu bapa pula akan berperanan seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka kerana mereka mempunyai akses penuh terhadap prestasi anak mereka dalam peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah.

“Ibu bapa akan mempunyai lebih peluang untuk memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka kerana mereka mempunyai hak untuk tahu sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi terkini serta program penambahbaikan tahunan,” menurut pelan itu. – Bernama
Read More..

Robot Jadi Band Muzik Rock pergh gempak



Terdiri daripada  tiga ahli band,kesemuanya robot, tetapi mereka telah membuktikan mereka boleh mampu bermain seperti rock legenda. Mereka juga dijadualkan untuk bermain bersama Chili Peppers dan The Killers, pada Hari Besar Out Festival, di Australia, musim panas ini.

Memasang, memasak, menunggu jadual, robot telah terbukti mampu melakukan semua pekerjaan ini.
 Nah,  memperkenalkan Compressorhead, sebuah band rock yang terdiri daripada tiga kepala logam sebenar: Fingers, Bones dan Stickboy. Mereka adalah robot yang boleh diprogramkan untuk menampung hits cukup banyak mana-mana kumpulan rock yang pernah wujud, tetapi setakat ini mereka seolah-olah memilih saham berwajaran tinggi seperti Black Sabbath, Pantera atau Led Zeppelin. Mereka sedikit kekurangan , tetapi saya pasti mereka akan memperbaiki itu kerana mereka pergi bersama-sama.  Kumpulan robot dari Jerman  berharap untuk menakluk manusia dengan muzik mereka, bukannya Terminator seperti pemusnah.






Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Awan Buatan Terunik di Dunia

Bagaimana rasanya bisa berada sangat dekat - bahkan menyentuh awan? Tak perlu terjun payung atau naik ke puncak gunung yang tinggi supaya bisa melihat awan dari jarak sangat dekat.

http://www.didunia.net/

Seorang seniman Belanda, Berndnaut Smildeas, berhasil membuat karya seni: menciptakan awan. Caranya dengan menggunakan mesin asap, dikombinasikan dengan kelembaban suhu ruangan dan pencahayaan yang dramatis maka jadilah "Nimbus II 2012", awan di dalam kamar.Smilde, yang tinggal di Amsterdam, mengatakan ia ingin membuat citra awan hujan di dalam sebuah ruang. 
"Saya membayangkan berjalan ke sebuah aula museum klasik dengan hanya dinding kosong, " katanya. "Tidak ada hal lain kecuali awan hujan berkeliaran di dalam ruangan."

http://www.didunia.net/
http://www.didunia.net/
Sayangnya, awan ciptaan Smildeas tidak bisa bertahan lama, hanya beberapa saat lalu menghilang seperti karakteristik awan asli. Setidaknya, cukup menarik berada dalam kamar penuh awan, kan?
 
 
sumber
Read More..

Pengedar Dadah Libas Pedang Samurai Ditembak


ALOR SETAR – Seorang lelaki cedera di perut akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis ketika cuba menyerang anggota itu menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Sungai Tiang, Pendang semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya, lelaki terbabit antara tiga suspek pengedar dadah yang diberkas oleh polis dalam operasi pukul 11.15 malam di sebuah rumah di kampung itu.

“Ketika sepasukan polis tiba di rumah berkenaan, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 dan 28 tahun berkenaan ada di dalam rumah namun mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

“Dua daripadanya berjaya diberkas, manakala seorang lagi meloloskan diri menerusi tingkap dan anggota polis bertindak mengejarnya sebelum suspek cuba menyerang anggota polis terbabit dengan melibas dua bilah pedang samurai,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Nashir berkata bagi mempertahankan dirinya, anggota terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek yang mengenai perut lelaki itu.

Sementara itu katanya, pemeriksaan polis di dalam rumah berkenaan menemukan dadah jenis heroin seberat 200 gram serta sebuah motosikal yang dilapor hilang di Selangor.

Ketiga-tiga suspek berasal dari Pendang itu positif dadah namun mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Suspek yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah manakala dua rakannya direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Suspek yang cedera itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Read More..

Diplomat AS di Beirut mula bakar fail sulit

  Harakahdaily

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, 18 Sep 2012
WASHINGTON: Diplomat di Kedutaan AS di Beirut telah mula memusnahkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sulit sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah bantahan anti-Amerika di Lubnan dan di tempat lain di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Satu laporan Jabatan Negara yang diperoleh Isnin lalu oleh The Associated Press menyebut kedutaan Beirut telah "mengkaji prosedur kecemasan dan mula memusnahkan maklumat yang diklasifikasikan sulit."

Laporan itu turut menyebut bahawa pekerja tempatan Lubnan telah dihantar pulang ke rumah lebih awal disebabkan protes oleh kumpulan militan Syiah, Hizbullah terhadap filem yang menghina nabi yang dihasilkan di Amerika Syarikat

Di Washington, seorang pegawai Jabatan Negara berkata tiada ancaman terhadap Kedutaan AS di Beirut, yang terletak kira-kira sejam dari lokasi terdekat demonstrasi yang telah dirancang.

Tahap keselamatan Kedutaan AS di Beirut bagaimanapun makin diperketatkan. Penunjuk perasaan telah melanggar kawasan beberapa misi diplomatik AS sejak Selasa lepas.
Read More..