Rabu, 01 Januari 2014

Pertandingan Fotografi Antarabangsa Kedah


KUALA LUMPUR – Penyertaan Pertandingan Fotografi Antarabangsa Kedah (KIPA) yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM20,000 masih dibuka kepada orang ramai.

Pengarah Penajaan pertandingan, Hazrita Mohd. Hatta berkata, pertandingan itu bermula pada Julai lalu dan akan berakhir pada hujung Disember ini.

“Pertandingan ini merupakan pertandingan fotografi yang agak berbeza kerana syarat utama mengkehendaki peserta mengambil gambar di Kedah.

“Kedah mempunyai pelbagai keunikan tersendiri termasuk sejarah lama yang mempunyai nilai yang amat tinggi,” katanya melalui satu kenyataan.

Hazrita berkata, KIPA setakat ini menerima sebanyak 1,000 penyertaan melalui fotografi yang diambil menggunakan telefon pintar dan kamera.

Jelas beliau, hadiah yang ditawarkan termasuk penginapan di hotel mewah termasuk Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Namun, katanya, terdapat pelbagai kategori yang masih kurang penyertaan mereka yang berbakat diseru menyertai pertandingan itu.

“Bagi peminat fotografi sila layari www.kipa.my atau www.facebook.com/kipawards untuk maklumat lanjut,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar